X

Kindly register in order to view this article
!

Fasa satu PKP 3.0 tunjuk perkembangan positif landai lengkuk Covid-19

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A

KUALA LUMPUR - Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu terbukti selepas kes harian Covid-19 berjaya diturunkan daripada rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada bulan Mei kepada 5,419 semalam dan beliau berharap kes harian akan terus menunjukkan penurunan.

"Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut Covid-19. Pelan ini mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

"Fasa pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengancam sistem kesihatan awam. Justeru, kerjasama anda semua amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini," menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Rabu.

Ismail Sabri juga berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima 266 aduan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan pelbagai kementerian dan agensi dari 6 hingga 14 Jun lepas.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!