X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Pahang catat satu kes kematian akibat Covid-19 pada Rabu

Dr Bahari
A
A

KUANTAN - Pahang mencatatkan satu kes kematian akibat Covid-19 pada Rabu.

Kematian lelaki warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Paya Pulai Tengah, Jalan Maran, Temerloh itu menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 102 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, sehingga jam 5 petang pada Rabu, sebanyak 57 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 di Pahang mencecah angka 11,764 kes.

Menurutnya, daripada kes baharu yang didaftarkan itu, 49 kes melibatkan warganegara dan lapan kes warga asing.

"Sebanyak 10 daerah mencatatkan pertambahan kes dengan Kuantan mencatatkan kes tertinggi, 27 kes diikuti Cameron Highlands (7 kes), Temerloh (6 kes), Jerantut (5 kes), Maran (5 kes) dan Raub (3 kes).

"Daerah Pekan, Rompin, Bera dan Bentong masing-masing mencatatkan satu kes hari ini," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Dr Bahari berkata, terdapat 539 kes positif Covid-19 sedang dirawat di lapan hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini manakala 90 kes berada dalam pengawasan di rumah.

"Daripada kes yang sedang dirawat, 21 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 10 kes di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan (HTAA) dan 11 kes di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

" Sebanyak sembilan kes memerlukan bantuan mesin pernafasan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!