X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 26

Mayat mangsa ditemukan terputus dua dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium. Gambar kecil: Kamarul Rizal
A
A

BALIK PULAU - Seorang lelaki tanpa identiti ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dengan tubuhnya terputus dua dipercayai terjatuh dari tingkat 26 di sebuah kondominium di Bayan Lepas pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat lelaki tersebut ditemui oleh seorang pekerja pembersihan di aras 6, Blok B kondominium berkenaan pada jam 8.20 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mangsa ditemui di aras 6 yang mana ia menempatkan kemudahan kolam renang, gimnasium dan lain-lain. Kita menemui selipar disyaki milik mangsa di tingkat 26 di blok berkenaan.

"Oleh itu, kita percaya mangsa terjatuh dari tingkat 26 lalu terkena pada sisi tembok batu pokok bunga di kaki lima, tingkat 6 di mana mayatnya dijumpai," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Katanya, hasil keterangan saksi bebas yang juga pekerja pembersihan di bangunan itu, dia menjumpai mayat mangsa dalam keadaan cedera parah dan terputus dua.

"Hanya pekerja itu sahaja yang diambil keterangan dan sehingga kini, tiada saksi tampil memberi maklumat kepada polis mengenai identiti mangsa atau berkaitan kejadian itu.

"Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian. Berdasarkan siasatan awal, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga boleh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya atau berhubung dengan Inspektor Rambeli Othman di talian 018 4000311," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!