X

Kindly register in order to view this article
!

143 kilang, 17 premis bukan kilang diarah tutup

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 143 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarah tutup sejak Januari lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, sebanyak 24,834 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa yang melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,015 kilang.

Jelas beliau, kerajaan telah meningkatkan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak didapati melanggar SOP yang telah diwartakan.

“Sejak 1 Jun sehingga 14 Jun, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 404 buah kilang dan daripada jumlah ini, sebanyak 90 buah kilang telah diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 13 Mei telah melaksanakan sebanyak 597,252 pemeriksaan dan telah mengeluarkan sebanyak 414 kompaun.

Tambah beliau, pada 15 Jun, 1,428 pemeriksaan pematuhan harian telah dilaksanakan dan sebanyak 22 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, menurut Ismail Sabri, sebanyak 266 aduan mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian atau agensi diterima sejak 6 Jun sehingga 14 Jun.

“Daripada jumlah itu, jumlah aduan tertinggi yang direkodkan adalah melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan iaitu sebanyak 62 aduan, bukan keutamaan 50 aduan dan 45 aduan bagi kategori ketidakpatuhan SOP am,” ujarnya.

Jelas beliau, sebarang aduan boleh disalurkan terus kepada Malaysian Government Call Centre (MyGCC) menerusi talian 03-8000 8000, 8000 [email protected] atau e-mel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my.

Selain itu, Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat 138 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara mendapati, 43 tapak binaan beroperasi manakala 95 lagi tidak beroperasi.

“Dalam pemeriksaan itu, CIDB mendapati 31 tapak binaan mematuhi SOP manakala 12 lagi diarahkan tutup. Secara keseluruhannya, CIDB sudah melakukan 18,932 pemeriksaan melibatkan 10,864 tapak binaan sejak 20 April,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!