Raja-Raja Melayu selesai adakan Perbincangan Khas

Kenderaan rasmi membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat keluar selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Kenderaan rasmi membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat keluar selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu selesai mengadakan Perbincangan Khas di Istana Negara yang berlangsung selama hampir lima jam bermula 2.30 petang tadi.

Raja Melayu terakhir yang berangkat meninggalkan Istana Negara pada 7.05 minit petang tadi ialah wakil raja perlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi yang terawal berangkat pulang daripada Istana Negara selepas kenderaan yang membawanya dilihat keluar dari pintu utama pada 5.15 petang.

Perbincangan Khas yang diadakan pada petang ini adalah dimaklumkan bagi menyembah maklum kepada Raja-Raja Melayu berkenaan pandangan dikemukakan oleh pemimpin politik negara.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: