X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan individu sambut hari jadi dikompaun, ditangkap khalwat

Lapan individu dikompaun polis dan ditahan JAIPk atas kesalahan berkhalwat ketika menyambut hari jadi di Ipoh. Foto: ihsan FB JAIPk.
A
A

IPOH - Sebuah rumah sewa di Taman Cempaka di sini diserbu dan pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada lapan individu termasuk dua wanita susulan berseronok mengadakan majlis sambutan hari lahir, pada Selasa.

Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam pemeriksaan yang dilakukan kira-kira jam 2.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) 2021 dengan berkumpul tanpa tujuan.

"Bertindak atas operasi bersama agensi, pasukan 'task force' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 kepada enam lelaki dan dua wanita atas kesalahan tersebut," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.

Polis mengeluarkan kompaun kepada enam lelaki dan dua wanita ketika meraikan sambutan hari jadi di Ipoh. Foto: ihsan FB JAIPk.
Polis mengeluarkan kompaun kepada enam lelaki dan dua wanita ketika meraikan sambutan hari jadi di Ipoh. Foto: ihsan FB JAIPk.

Pada masa sama, kumpulan itu turut ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas kesalahan berkhalwat.

JAIPk menerusi laman Facebook memaklumkan kesemua individu terbabit didapati tiada hubungan mahram antara satu sama lain.

"Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!