Bawa vaksin guna feri redah Sungai Kelantan

Vaksin Covid-19 dibawa ke Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai menggunakan kenderaan pacuan empat roda sambil diiringi anggota dari IPD Kuala Krai.
Vaksin Covid-19 dibawa ke Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai menggunakan kenderaan pacuan empat roda sambil diiringi anggota dari IPD Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Sejumlah 550 vaksin Covid-19 terpaksa dibawa menaiki feri meredah Sungai Kelantan untuk ke Kampung Pasir Kelang, di sini bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Rabu.

Hal ini kerana, feri merupakan pengangkutan utama penduduk untuk keluar dan masuk dari kampung berkenaan.

Vaksin tersebut tiba di pangkalan feri itu pada jam 8.30 pagi menggunakan kenderaan pacuan empat roda sambil diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.

Ia kemudian menaiki feri selama 12 minit dan mengharungi perjalanan hampir 2.5 kilomoter sebelum tiba ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di Masjid Kampung Pasir Kelang.

Sejumlah 550 vaksin dibawa menaiki feri meredah Sungai Kelantan untuk ke Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Rabu.
Sejumlah 550 vaksin dibawa menaiki feri meredah Sungai Kelantan untuk ke Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Rabu.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr Hazura Mat Zubir berkata, setakat ini sebanyak 24,000 penduduk telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di jajahan berkenaan.

"Jumlah ini merangkumi 16,000 penduduk yang telah menerima suntikan pertama dan baki 8,000 mereka yang sudah melengkapkan suntikan dos kedua dengan jayanya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Penduduk kampung memenuhi PPV sementara di Masjid Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Penduduk kampung memenuhi PPV sementara di Masjid Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, seramai 86,700 orang penduduk di Kuala Krai perlu menerima suntikan tersebut.

Beliau berkata, bagaimanapun hanya 34,000 yang telah mendaftar bagi menerima suntikan.

Dr Hazura berkata, pihaknya akan terus turun padang bagi memberi kesedaran kepentingan menerima suntikan vaksin.

Katanya, untuk itu kerjasama dengan pemimpin setempat akan digerakkan dalam memberikan kesedaran berhubung perkara tersebut.