X

Kindly register in order to view this article
!

Majikan paksa pekerja datang bekerja tanpa surat MITI boleh dikompaun

Saravanan (dua dari kanan) dan Santhara (kanan) meninjau operasi Pasar Borong KL pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Majikan yang memaksa pekerja datang bekerja tanpa surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta 342.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur menerima sebanyak 214 aduan mengenai isu bekerja dari rumah antara 1 Jun hingga 15 Jun.

Menurut beliau, antara aduan diterima terdapat majikan yang walaupun tiada surat kelulusan telah meminta pekerja datang bekerja.

"Kita sedang mengambil tindakan terhadap majikan berkenaan.

"Selain itu, ada juga beberapa aduan yang menyatakan mendapat kelulusan beroperasi tetapi menggunakan pengisytiharan palsu," katanya selepas membuat lawatan ke Pasar Borong Kuala Lumpur pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara.

Saravanan berkata, pihaknya tiada angka tepat berhubung kes pengisytiharan palsu, namun mengesahkan menerima aduan tersebut.

"Ada pekerja yang menelefon kementerian dan memaklumkan syarikat mereka tidak layak untuk menjalankan operasi dalam keadaan darurat kerana bukan sektor perkhidmatan perlu (essential) tetapi mereka pelik bagaimana pihak MITI boleh memberikan kelulusan.

"JTK sedang menyiasat berhubung perkara itu sama ada kelulusan itu benar atau menggunakan maklumat palsu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, lawatan ke Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan bagi meninjau keadaan pasar dan tahap pematuhan operasi bagi tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Ia susulan pihaknya menerima satu video tular pergaduhan tercetus dalam kalangan warga kerja di pasar borong dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!