Jiran berjaya tangkap pencuri masuk rumah

No Image Caption
A
A
A

KUCHING -Tindakan pantas dan berani dua jiran berjaya menangkap seorang lelaki yang memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Kee Hup (belakang bangunan Boulevard) di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata laporan mengenai kejadian itu telah dibuat oleh pemilik rumah terbabit pada jam 10.30 pagi tadi.

Katanya, pada kira-kira 9.20 pagi, pemilik rumah berkenaan dialert oleh sistem penggera keselamatan yang dipasang di rumahnya dan disambung ke telefon bimbit mengenai kejadian pecah masuk rumahnya.

"Beliau kemudian segera menghubung jirannya untuk bantuan yang kemudian dengan bantuan beberapa jiran lain segera bertindak dan berjaya menangkap suspek," katanya.

Apabila beberapa orang jiran cuba untuk menangkapnya, suspek terus memanjat ke atas bumbung rumah.

Suspek bagaimanapun bertindak dengan melompat ke bawah tetapi percubaannya untuk melarikan diri gagal apabila orang ramai berjaya menangkapnya dan menyerahkannya kepada polis .

Dennis berkata pihak polis merampas beberapa barang curi dalam "bag sling" suspek berusia 28 tahun itu.

Katanya, kes disiasat di bawah Section 457 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: