Kilang alat ganti basikal ingkar SOP diarah tutup

Pekerja diarah meninggalkan kawasan kilang selepas kilang terbabit didapati ingkar SOP ketika pemeriksaan dilakukan pada Rabu.
Pekerja diarah meninggalkan kawasan kilang selepas kilang terbabit didapati ingkar SOP ketika pemeriksaan dilakukan pada Rabu.
A
A
A

KULAI - Sebuah kilang alat ganti basikal di kawasan Perindustrian Senai dikenakan kompaun RM 20,000 serta diarah tutup kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor, Senior Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kesalahan tersebut dikesan selepas sepasukan anggota polis bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Perbandaran Kulai ( MPKu) dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) menjalankan operasi pematuhan di kilang terbabit pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai Deputi Superintendan, Yusof Othman.

Abdul Aziz berkata, kilang itu didapati tidak mematuhi kehadiran pekerja 60 peratus, tiada penjarakan sosial dan terdapat pekerja yang tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera.

"Menerusi operasi yang dilakukan didapati seramai 257 pekerja berada di premis kilang sedangkan hanya 162 dibenarkan mengikut kapisiti 60 peratus.

"Bagi kesalahan ini, pemilik kilang dikenakan tindakan kompaun RM10,000 di bawah kesalahan peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, manakala bagi kesalahan tiada penjarakan sosial, pemilik kilang didenda RM 10,000," katanya.

Abdul Aziz ( tengah) pada sidang akhbar selepas melakukan operasi pemeriksaan pematuhan SOP di sebuah kilang di Senai pada Rabu.
Abdul Aziz ( tengah) pada sidang akhbar selepas melakukan operasi pemeriksaan pematuhan SOP di sebuah kilang di Senai pada Rabu.

Abdul Aziz berkata seramai enam pekerja turut didenda RM1,500 setiap seorang selepas didapati tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera.

Artikel Berkaitan:

"Kilang ini telah beroperasi selama 15 tahun dan mempunyai surat kebenaran beroperasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI) namun mereka mematuhi SOP ditetapkan ketika Sekatan Pergerakan Penuh.

"KKM mengarahkan kilang terbabit ditutup selama tujuh hari sehingga pemilik kilang mematuhi arahan yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, menerusi pemeriksaan dijalankan pada jam 11.50 pagi, kira-kira 20 orang pekerja bertempiaran melarikan diri dengan memanjat pagar.