X

Kindly register in order to view this article
!

Cadang umum data perbandingan kes Covid-19 jika tiada PKP

Wan Saiful
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan mencadangkan supaya kerajaan mengumumkan data perbandingan bilangan kes positif dengan unjuran jika tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari atau minggu tersebut.

Beliau berkata, unjuran tersebut boleh menjadi data kawalan perbandingan yang penting dalam mengukur keberkesanan sesuatu intervensi.

“Saya tertarik apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa berdasarkan unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes harian kita boleh mencecah 13,000 kes sekiranya PKP tidak dilaksanakan.

“Sedangkan, bilangan kes positif mula ke bawah 5,000. Ia bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah menyelamatkan lebih 8,000 orang.

“Data ini menunjukkan strategi kerajaan sebenarnya berjaya,” katanya dalam siaran Facebook miliknya pada Rabu.

Pada Selasa, kerajaan mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 yang melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, inisiatif berkenaan menjadi peta kepada masyarakat dalam menjaga keseimbangan untuk segera keluar daripada krisis yang sedang dihadapi.

“Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan menunjukkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat.

“Kesusahan yang dihadapi hanya boleh diselesaikan dengan cara mengembalikan negara kepada kehidupan harian biasa, dan itu memerlukan keseimbangan antara kesihatan dan kelangsungan ekonomi,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!