Kerja di pusat snuker ketika PKP, 2 lelaki Indonesia dijel 20 hari

Yuvanalis (dua, kanan) dan Vinoris dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di pusat snuker bulan lalu.
Yuvanalis (dua, kanan) dan Vinoris dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di pusat snuker bulan lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Tindakan dua lelaki warga Indonesia melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di pusat snuker membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara selama 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman berkenaan selepas kedua-dua tertuduh, Yuvanalis Manek, 26, dan Vinoris Mendonca Amaral, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit dengan bekerja di pusat hiburan snuker.

Kesalahan dilakukan di sebuah pusat hiburan snuker di Damansara Jaya pada jam 4 petang, 30 Mei lalu.

Dia didapati melanggar Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 17(1) peraturan sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh merayu agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menyara keluarga di Indonesia.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Artikel Berkaitan: