Pemotong rumput lari dari polis direman 6 hari

Suspek direman enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes melarikan diri dari pemeriksaan polis dan melanggar pejalan kaki sehingga maut.
Suspek direman enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes melarikan diri dari pemeriksaan polis dan melanggar pejalan kaki sehingga maut.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pemotong rumput direman enam hari bermula hari ini sehingga 21 Jun bagi membantu siasatan berhubung kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian pada pagi Selasa.

Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman tersebut.

Dalam kejadian pagi semalam, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki selepas dia cuba melarikan diri dalam kejadian di Jalan Batu Uban berhampiran Kondominium E Park di sini.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi turut merempuh seorang lelaki yang sedang melintas jalan berhampiran Pasar Pagi Jalan Perak hingga menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap di tempat kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada tiga peket dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat 13 gram.

Pemeriksaan kenderaan yang digunakan suspek mendapati kereta itu didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa yang beralamat di Jalan Sg Tiram 3, Bayan Lepas.

Semakan yang dibuat mendapati suspek berasal dari Kampung Melayu, Ayer Itam dan mempunyai 14 rekod dadah serta dua rekod jenayah.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 14 rekod dadah cuba lari dari SJR, rempuh pejalan kaki