Kakitangan MPM maut motosikal bergesel basikal

Mayat mangsa ditutup dilokasi kejadian
Mayat mangsa ditutup dilokasi kejadian
A
A
A

AYER TAWAR - Seorang kakitangan, Majlis Perbandaran Manjung, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah basikal sebelum terbabas di KM15 Jalan Ipoh - Lumut, di sini pagi tadi.

Mangsa Muhammad Mustaqim Ismail, 23, maut di lokasi kejadian manakala status penunggang basikal tidak diketahui ekoran dia melarikan diri dan meninggalkan basikal selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi berhampiran stesen Petronas Ayer Tawar.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal yang bergerak dari arah Ipoh ke Lumut telah bergesel dengan sebuah basikal dari arah sama di hadapannya.

"Akibat pergeselan penunggang motosikal tersebut terbabas ke tepi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, penunggang basikal dipercayai tidak mengalami kecederaan namun telah melarikan diri dan meninggalkan basikalnya.

"Punca kemalangan dipercayai akibat motosikal terbabit mengekori rapat basikal lalu bergesel kerana terdapat kesan calar pada permukaan jalan bermula di kiri bahu jalan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: