X

Kindly register in order to view this article
!

5,150 kes baharu positif Covid-19

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 5,150 kes baharu positif Covid-19 dan 7,240 kes pulih dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes iaitu 1,914.

Menurut beliau, ia diikuti oleh Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152) dan Labuan (101).

"Terdapat enam negeri dan wilayah melaporkan kes masing-masing di bawah 100.

"Ia adalah Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (lapan) dan Putrajaya (enam).

"Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 673,026," katanya pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 67,949 kes aktif di seluruh negara direkodkan dengan 924 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Seramai 453 pesakit pula memerlukan bantuan sokongan alat pernafasan," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 73 jumlah kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan.

"Kes kematian pada hari ini (Rabu) yang melibatkan 33 kes di Selangor, Kuala Lumpur (enam), Kedah (enam), Negeri Sembilan (enam) Sarawak (enam), Labuan (empat), Sabah (tiga), Melaka (tiga), Johor (tiga) dan Kelantan (satu)," katanya.

Tambahnya, berdasarkan data KKM, kes kematian itu membabitkan 62 rakyat tempatan dan 11 warga asing serta rata-ratanya melibatkan warga emas.

"Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 4,142 kes," katanya.

Katanya, seramai 7,240 pesakit Covid-19 telah pulih sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 600,935 kes atau 89.3 peratus daripada keseluruhan kes.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!