Negeri di barat AS akan alami suhu panas melampau

Bandar raya Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat dijangka dilanda dengan suhu panas melampau pada akhir minggu ini. - Foto AFP
Bandar raya Phoenix di Arizona, Amerika Syarikat dijangka dilanda dengan suhu panas melampau pada akhir minggu ini. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Kebanyakan negeri di barat Amerika Syarikat (AS) akan dilanda gelombang panas melampau pada minggu ini apabila kira-kira 50 juta penduduk pada Selasa bakal berdepan dengan suhu panas yang 'keterlaluan' dalam minggu ini.

Beberapa tempat di negeri-negeri tersebut dijangka berdepan dengan suhu panas melampau sehingga kira-kira 50 darjah Celsius.

"Gelombang panas yang panjang dan rekod suhu melampau akan berlaku di barat AS," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan negara tersebut.

Ia dijangka akan berlaku dari Wyoming ke California dan dari utara ke selatan AS iaitu dari Idaho ke Arizona.

Ramalan kaji cuaca menjangkakan bandar raya Phoenix di Arizona akan berdepan dengan suhu melepasi 47.7 darjah Celsius pada akhir minggu ini.

Pihak berkuasa telah membuka pusat-pusat untuk menyejukkan badan kepada penduduk yang tidak tahan dengan cuaca panas dan meminta para pempengaruh di media sosial untuk membantu memberi amaran kepada orang awam tentang kesan cuaca terlalu panas ke atas haiwan peliharaan mereka.

Suhu paling panas pernah dicatatkan ialah di kawasan gurun Death Valley di California dengan suhu setinggi 55 darjah Celsius pada tahun 1913. - Agensi

Artikel Berkaitan: