Aksi Belgium, Denmark diramal penuh emosi

Aksi Tielemans bersama Eriksen pada saingan UEFA Nations League tidak lama dahulu.
Aksi Tielemans bersama Eriksen pada saingan UEFA Nations League tidak lama dahulu.
A
A
A

PEMAIN tengah Belgium, Youri Tielemans meramalkan aksi berdepan Denmark di Stadium Parken, Copenhagen malam ini akan menjadi perlawanan yang penuh dengan emosi berikutan insiden pemain Denmark, Christian Eriksen rebah dipercayai akibat serangan jantung, 14 Jun lalu.

Menurut Tielemans, insiden itu nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya bagi pasukan-pasukan yang menyertai Euro 2020.

“Saya ramalkan perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan yang penuh dengan emosi. Kami tahu mengenainya setelah apa yang berlaku.

“Mungkin insiden berkenaan lama kelamaan akan dilupakan oleh orang ramai, dalam masa beberapa hari tetapi kami sama sekali tidak akan melupakannya.

“Saya telah menghubungi rakan sepasukan saya di Leicester City, iaitu penjaga gol Kasper Schemeichel dan meminta bantuannya untuk bagi menyampaikan ucapan saya kepada Eriksen,” katanya.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B itu, Eriksen dikejarkan ke hospital setelah rebah secara tiba-tiba aksi Euro 2020 berdepan Finland, 14 Jun lalu.

Eriksen bagaimanapun sempat menerima rawatan kecemasan (CPR), sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Belgium kini selesa selaku pendahulu Kumpulan B hasil kemenangan 3-0 ke atas Rusia pada aksi 14 Jun lalu, manakala Denmark tewas 0-1 kepada Finland.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Tielemans yakin semua pemain serta pasukan yang menyertai Euro 2020 mengharapkan agar Eriksen segera sembuh dan boleh kembali beraksi seperti biasa selepas ini.

“Ia memang satu saat yang cukup getir dan saya mendoakan agar Eriksen sembuh seperti sedia kala dan kembali beraksi,” katanya.

Untuk rekod, Belgium adalah pendahulu Kumpulan B berikutan kemenangan 3-0 ke atas Rusia 13 Jun lalu.