Stor simpanan kotak terpakai terbakar

Eh Som Weng, suami Som Chit menunjukkan motosikal yang terbakar.
Eh Som Weng, suami Som Chit menunjukkan motosikal yang terbakar.
A
A
A

TUMPAT - Seorang peniaga bergegas mencapai alat pemadam api sebaik menyedari stor simpanan kotak terpakai di Kampung Jubakar Darat di sini terbakar, hari ini.

Tindakan pantas Som Chit Idam, 40, dibantu jiran yang turut membawa enam alat pemandam api dari kedai dan kuil berdekatan menyelamatkan rumah kedai mereka.

Dalam kejadian jam 4 petang, Som Chit sedang berniaga di kedai runcit sebelum dikejutkan anaknya ternampak api.

"Saya terus bergegas ke belakang kedai tetapi api sudah besar.

"Kami kelam kabut memadam kebakaran di stor terbabit, mujurlah ada alat pemandam api sebelum bomba sampai," katanya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikalnya hangus termasuk peti sejuk, mesin basuh dan enjin air.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota bomba dengan dua jentera bergegas ke lokasi memadam kebakaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Peralatan elektrik termasuk peti sejuk, mesin basuh yang diletakkan berdekatan stor terbabit terbakar.
Peralatan elektrik termasuk peti sejuk, mesin basuh yang diletakkan berdekatan stor terbabit terbakar.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.