Jakoa Pahang agih 569 bakul makanan, bantu orang asli di bandar

Pegawai Kemajuan Orang Asli (PKOAD) Daerah Kuantan, Ridwan Mokhtar (kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada KIR orang asli di Pejabat Jakoa Daerah Kuantan pada Selasa.
Pegawai Kemajuan Orang Asli (PKOAD) Daerah Kuantan, Ridwan Mokhtar (kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada KIR orang asli di Pejabat Jakoa Daerah Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang mengagihkan 569 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat orang asli di bandar yang terkesan berikutan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

Pengarah Jakoa Pahang, Johari Alwi berkata, agihan dilakukan secara berperingkat yang diuruskan pejabat Jakoa daerah.

Menurut beliau, penerima akan dihubungi untuk menerima bantuan itu selain membuat hebahan melalui media sosial.

"Setiap KIA yang dihubungi akan datang mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan untuk mengambil bakul makanan masing-masing.

"Bantuan berupa keperluan asas itu disediakan bagi meringankan beban mereka terutama yang tidak dapat bekerja dan terjejas pendapatan ketika ini," katanya.

Johari berkata, Kuantan mempunyai bilangan orang asli paling tinggi yang menetap di bandar membabitkan 111 KIR diikuti Rompin (98), Muadzam Shah (94), Pekan (70), Temerloh (48), Bentong (46), Bera (32), Lipis (26), Maran (19), Raub (17), Cameron Highlands (10) dan Jerantut (8).

"Mereka yang menetap di bandar kebanyakannya bekerja dalam sektor awam dan swasta dan berikutan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh ketika ini ada di kalangan mereka turut terjejas," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai lagi masyarakat orang asli yang menetap di bandar akan mendaftar selepas mendapat maklumat daripada rakan dan media sosial.

Artikel Berkaitan: