Sila log masuk terlebih dahulu.

Orang lama PSM sambut baik usaha KBS, PJS

Syed Azmir, Laporan Sinar Harian pada 11 Jun lepas.
Syed Azmir, Laporan Sinar Harian pada 11 Jun lepas.
A
A
A

PENDEKATAN proaktif diambil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam usaha menyelesaikan kemelut melibatkan Persatuan Sepak Takraw (PSM) dan 12 bekas ahli gabungan (G12) disifatkan sebagai satu tindakan yang bijak.

Malah menurut bekas Ahli Majlis Tertinggi merangkap Pengerusi Kejurulatihan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Syed Azmir Syed Ahmad, beliau percaya inisiatif diambil PJS dengan pembentukan satu pasukan khas melibatkan PSM dan G12 secara tidak langsung mewujudkan asas tadbir urus badan induk sepak takraw negara yang berintegriti, telus dan adil pada masa hadapan.

"Penggantungan PSM oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) baru-baru ini tidak hanya menyekat pembangunan sepak takraw dalam kalangan ahli gabungan tetapi juga menghilangkan keyakinan komuniti sepak takraw terhadap sukan warisan ini.

"Jadi apabila Menteri Datuk Seri Reezal Merican dan Pesuruhjaya Sukan turun padang mengajak kedua-dua pihak ke meja rundingan, saya melihatnya sebagai satu sinar baharu ke arah proses pembaharuan PSM.

"Secara peribadi, kepimpinan berintegriti, ketelusan urus tadbir dan perlembagaan yang bersifat adil, adalah tiga perkara yang memerlukan proses reformasi segera dalam usaha mengembalikan keyakinan tidak hanya dalam kalangan ahli gabungan tetapi juga komuniti sepak takraw negara," katanya yang kini merupakan penasihat Persatuan Sepak Takraw Perlis pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: PSM, bekas ahli gabungan komited cari penyelesaian: Pesuruhjaya Sukan

Artikel Berkaitan: