X

Kindly register in order to view this article
!

Jeli sasar 1,000 penduduk disuntik vaksin setiap hari

Nik Raisnan (dua dari kiri) memberikan sokongan kepada penduduk yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Bergerak peringkat Jeli di Sekolah Menengah Ugama Ad-Diniah, Batu Melintang pada Selasa.
A
A

JELI - Sasaran seramai 1,000 penduduk di jajahan ini akan disuntik vaksin Covid-19 setiap hari bagi memastikan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat dipertingkatkan.

Ketua Jajahan Jeli, Nik Raisnan Nik Daud berkata, bagi memastikan sasaran itu mampu dicapai, pihaknya telah mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak.

“Setakat ini seramai 6,450 orang telah diberi suntikan vaksin berbanding jumlah keseluruhan penduduk Jeli seramai 30,500 orang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di PPV Bergerak Peringkat Jeli di Sekolah Menengah Ugama Ad-Diniah, Batu Melintang di sini pada Selasa.

Beliau berkata, setakat ini hanya 24,000 orang penduduk di jajahan ini yang masih belum menerima suntikan.

"Sekiranya sasaran 1,000 orang disuntik vaksin setiap hari dicapai, kita hanya memerlukan 24 hari sahaja untuk melengkapkan dos pertama tersebut," katanya.

Sementara itu, Nik Raisnan berkata, pihaknya juga telah menubuhkan satu pasukan berperanan membantu serta mencari penduduk yang gagal hadir menerima suntikan disebabkan faktor-faktor tertentu.

Menurutnya, pasukan tersebut akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan sebagainya bagi memudahkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Kita gembira apabila tahap kesedaran rakyat terhadap penerimaan suntikan vaksin semakin positif dan memberangsangkan, sekali gus menjadi penanda aras penerimaan rakyat.

“Setakat ini, kesedaran dalam kalangan rakyat sangat tinggi. Mereka sudah berminat untuk hadir ke pusat PPV," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!