X

Kindly register in order to view this article
!

Harga sayur naik bebankan peniaga

Kenaikan harga sayur-sayuran bukan sahaja membebankan pengguna malah turut memberi kesan kepada peniaga. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Harga sayur-sayuran yang dijangka mengalami kenaikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Cameron Highlands, Pahang bukan sahaja membebankan pengguna malah turut memberi kesan kepada peniaga.

Ketua Kawasan Selayang Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur, Mohd Hafiz Mohd Sidek berkata, ia akan menyukarkan peniaga untuk melakukan pusingan modal yang dikeluarkan.

Katanya, peniaga juga terpaksa membeli dengan pembekal pada kadar harga yang tinggi di samping pembeli akan cenderung untuk membeli barang yang lain.

Mohd Hafiz
Mohd Hafiz

“Dulu kita beli harga RM1, tapi kalau naik mungkin terpaksa beli pada harga RM5 hingga RM6, yang mana peningkatan kos ini akan kacau bisnes peniaga.

“Apabila lori pembekal tak dapat turun dari Cameron Highlands, bekalan yang ada sekarang seperti tomato, sawi dan timun tak mencukupi serta harga sayur akan naik mendadak kerana 50 peratus sumber sayur datang dari sana.

“Kalau kata harga sayur naik, pengguna akan cari bahan makanan yang lebih murah yang tidak terkesan seperti buah-buahan dan sebagainya. Bukan seperti bahan mentah lain seperti ayam yang mana akan tetap dibeli meskipun harganya naik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, kerajaan diharap dapat melakukan inisiatif segera agar peniaga dan pembeli tidak terlalu terkesan akibat kenaikan harga tersebut.

“Kita faham, agak susah untuk kawal harga namun diharapkan agar pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat membantu dalam mengawal harga sayur ini.

“Ini kerana kesannya bukan sahaja kepada peniaga, malah pembeli juga akan turut terbeban jika jangkaan tersebut benar-benar berlaku,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD Cameron Highlands: Bekalan sayur mungkin terjejas

Harga sayur-sayuran naik hingga 40 peratus


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!