Polis tutup laluan tikus di Jeli

Ahmad (tiga dari kanan) dengan kerjasama tentera dan rela sentiasa melakukan pemeriksaan ketat di SJR Jalan Timur Barat berhampiran Batu 6, Batu Melintang, Jeli.
Ahmad (tiga dari kanan) dengan kerjasama tentera dan rela sentiasa melakukan pemeriksaan ketat di SJR Jalan Timur Barat berhampiran Batu 6, Batu Melintang, Jeli.
A
A
A

JELI - Polis telah menutup dua laluan tikus berhampiran Jalan Raya Timur Barat, di sini, yang merupakan pintu masuk utama ke negeri ini dari arah utara.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, penutupan laluan Jerek dan Lawang di Batu 10 itu telah banyak membantu pihaknya membanteras aktiviti penyeludupan.

"Kedua-dua laluan itu kita tutup menggunakan penghadang konkrit bagi mengelakkan pembolosan berlaku," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Terdahulu, beliau turun padang meninjau operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Timur Barat berhampiran Batu 6, Batu Melintang, di sini.

Menurutnya, pemeriksaan ketat sentiasa dilakukan oleh petugas di SJR yang terdiri dari anggota polis, tentera dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memastikan tiada pelanggaran rentas negeri berlaku selain mengekang aktiviti penyeludupan barangan salah.

Beliau berkata, sepanjang perlaksanaan perintah sekatan penuh bermula 1 hingga 14 Jun lalu penurunan kenderaan keluar masuk ke negeri ini berkurangan.

Ahmad berkata, sepanjang tempoh itu hanya 400 sahaja kenderaan keluar masuk yang hanya melibatkan urusan perdagangan bekalan makanan terutama ayam dan ikan.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan sepanjang perlaksanaan sekatan pergerakan penuh sehingga 30 Jun ini.

Artikel Berkaitan: