Nyaris dibelit ular sawa

Muhammad Shafiq Bakri bersama adiknya, Muhammad Shaizan Basri memegang ular yang ditangkap.
Muhammad Shafiq Bakri bersama adiknya, Muhammad Shaizan Basri memegang ular yang ditangkap.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki nyaris dibelit ular sawa seberat 20 kilogram (kg) dalam kejadian di Kampung Pantai Batu Buruk jam 2.30 pagi, Rabu lalu.

Muhammad Syafiq Bakri Mohd Shafie, 21, berkata insiden itu berlaku ketika dia berusaha menangkap ular sawa berkenaan, yang ditemui sedang memasuki reban ayam milik penduduk kampung.

"Saya dan lima lagi rakan baru balik dari memancing. Tiba-tiba, ada rakan saya nampak benda panjang sedang berlingkar berhampiran reban ayam di kampung ini.

"Saya pun cepat-cepat datang untuk tangkap sebab bimbang ia masuk ke rumah orang kampung di sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Ditanya bagaimana dia memberanikan diri untuk menangkap reptilia sepanjang 13 kaki itu, katanya, dia hanya tawakal pada ALLAH SWT.

"Sebelum ni pernah juga tangkap ular, tapi taklah sebesar ini. Saya hanya berserah pada ALLAH SWT minta selamat.

Lapan pemuda ini merakam gambar sebelum menyerahkan ular kepada APM.
Lapan pemuda ini merakam gambar sebelum menyerahkan ular kepada APM.

"Mujur ular tu tak sempat belit badan saya sebab badannya separuh tersangkut pada pagar. Saya berjaya jerut ular tu dan masukkan ke dalam guni," katanya.

Selain Syafiq Bakri, turut membantu menewaskan ular sawa itu ialah Mohd Radzi Riffin, 31, Aiman Yusoff, 19, Muhammad Shaizan Basri Mohd Syafie, 23, Mohd Helmi Zainal Abidin, 25, Fadhil Aman Che Mohd, 29.

Artikel Berkaitan:

Ular sawa berkenaan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) jam 3 pagi hari yang sama.