Gol sendiri kecewakan Jerman

Pertahanan Jerman, Mats Hummels tertampan bola ke gawang sendiri. -Foto AFP
Pertahanan Jerman, Mats Hummels tertampan bola ke gawang sendiri. -Foto AFP
A
A
A

GOL sendiri daripada pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels, menyaksikan Perancis meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Jerman 1-0 pada aksi Kumpulan F Euro 2020 di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Perlawanan bermula baik dengan kedua-dua pasukan dilihat saling mengasak dalam usaha membuka jaringan, namun Perancis yang lebih dahulu menjaringkan gol hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-20.

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan Jerman dilihat mula mengatur semula asakan-asakan ke gawang Perancis bagi menyamakan kedudukan; namun menemui jalan buntu untuk menembusi benteng pertahanan lawan hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Perancis hampir berjaya menambah jaringan menerusi Kylian Mbappe pada minit ke-65 dan Karim Benzema (minit ke-85); namun kedua-dua jaringan berkenaan dibatalkan setelah kedua-dua pemain dikesan ofsaid terlebih dahulu oleh pengadil perlawanan.

Perancis kini berada pada kedudukan kedua Kumpulan F di belakang Portugal berdasarkan perbezaan jaringan.

Artikel Berkaitan: