'Saya sihat dan ok....'

Eriksen memuat naik gambar isyarat bagus di atas katilnya di Intagramnya.
Eriksen memuat naik gambar isyarat bagus di atas katilnya di Intagramnya.
A
A
A

PEMAIN Denmark, Christian Eriksen, yang rebah di padang pada minit ke-43, ketika perlawanan Kumpulan B Euro menentang Finland memaklumkan dia kini berada dalam keadaan sihat.

"Saya sihat, cuma dalam beberapa situasi tertentu saya masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan di hospital, namun saya okay," katanya menerusi Instagramnya sambil memuat naik gambar isyarat bagus di atas katilnya.

Ini merupakan kali pertama bintang gergasi Serie A, Inter Milan mengemaskini akaun media sosialnya sejak pertama kali rebah pada Sabtu.

Insiden di Stadium Parken, Copenhagen yang menarik tumpuan tidak hanya komuniti bola sepak tetapi juga masyarakat dunia tersebut, turut mengundang simpati ramai.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu yang rebah di atas padang tersebut, diberikan rawatan selama 15 minit sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bekas tonggak Tottenham Hotspur itu kemudiannya disahkan mengalami jantung terhenti mengejut (cardiac arrest).

"Terima kasih kepada semua dari serata dunia di atas ucapan. Ucapan anda semua amat bermakna buat saya dan ahli keluarga.

"Selepas ini saya akan memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain Denmark bagi perlawanan seterusnya. Ayuh beri aksi terbaik untuk Denmark," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Denmark, Christian Eriksen rebah ketika perlawanan menentang Finland

Eriksen rebah bukan kerana Covid-19

Artikel Berkaitan: