Sanggup tak makan 48 jam!

Marvel menyuap makanan kepada Carlito di kafe. - Daily Mail
A
A

FILIPINA. Akibat ketagih permainan video yang melampau, seorang remaja tidak menjamah makanan selama 48 jam di sebuah kafe di Nueva Ecija, Filipina.

Bimbang tahap kesihatan anaknya, memaksa ibunya, Lilybeth Marvel, 37, datang ke kafe itu untuk menyuap sarapan pagi kepada anaknya itu.

Tular di media sosial, rakaman video berdurasi 3 minit 11 saat, memaparkan Marvel terpaksa berjalan kaki ke kafe tersebut untuk menyuap makanan anaknya, Carlito Garcia, 13 yang taksub bermain video dalam talian sejak dua tahun lalu.

Semasa menyuapkan makanan, Carlito tidak sedikit pun menoleh ke ibunya sebaliknya mata hanya memandang skrin komputer dan tangan pantas mengetuk papan kekunci.

"Kasihannya anak saya, mari makan sekarang...

"Awak ada banyak duit, ia mungkin mengambil masa sehingga esok untuk pulang ke rumah," katanya kelihatan prihatin dengan masalah ketagihan anaknya walaupun sebenarnya ia sangat menjengkelkan.

Ditanya mengapa dia sanggup menghantar makanan, Marvel berkata, “Saya sudah puas membebel mengenai permainan video tetapi tidak memberi kesan. Jadi saya cuba cara berbeza".

Si ibu turut mendedahkan anaknya terpaksa diberhentikan sekolah supaya mereka dapat menangani masalah ketagihan itu selain meminta pandangan orang ramai cara mengatasi masalah anaknya. - Daily Mail