X

Kindly register in order to view this article
!

UMW Group serah 25,568 kenderaan pada Mei 2021

UMW
A
A

JUALAN automotif UMW Group melonjak kepada 25,568 unit pada Mei 2021, berbanding 11,342 unit pada Mei 2020, meskipun berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Kumpulan tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa berkata peningkatan ketara jualan yang dicatatkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan syarikat sekutunya, Perodua itu dipacu terutamanya daripada pelancaran model baharu, kempen perayan dan pengecualian cukai jualan meskipu peningkatan jangkitan kes Covid-19 dan kekurangan cip semikonduktor global.

UMWT meneruskan momentum jualan positifnya dengan 7,595 unit terjual pada Mei 2021, 120 peratus lebih tinggi berbanding 3,456 unit pada Mei 2020.

“Vios, Yaris dan Hilux adalah model paling laris, secara kumulatif menyumbang 78 peratus daripada jumlah jualan pada bulan lepas.

“Bagi tempoh lima bulan pertama 2021, UMWT menjual sejumlah 34,026 kenderaan jauh lebih tinggi berbanding 14,052 unit yang dijual pada tempoh yang sama 2020,” katanya sambil menambah sasaran UMWT adalah untuk menjual 62,000 unit tahun ini.

Bagi Perodua, kumpulan itu berkata ia mencatatkan jualan sebanyak 17,973 unit pada Mei 2021, berbanding 7,886 unit yang terjual setahun lalu.

“Jualan itu lebih rendah berbanding 20,399 unit yang terjual pada April 2021, disebabkan terutamanya kekurangan cip semikonduktor.

“Bagaimanapun, permintaan kekal kukuh bagi semua model Perodua,” kata kumpulan itu.

Perodua menyerahkan 96,281 kenderaan bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, 82 peratus lebih tinggi berbanding 52,920 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata kedua-dua UMWT dan Perodua memperoleh tempahan tinggi yang boleh dipenuhi sebaik sahaja masalah cip dalam diselesaikan.

“Kekurangan cip semikonduktor telah menjejaskan pengeluaran Perodua dan kami sedang berusaha mencari kaedah lain untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil menambah syarikat itu berada di landasan untuk mencapai sasaran jualannya sebanyak 240,000 unit pada 2021. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!