Martabat penggunaan teknologi, sasar capai Negeri Pintar 2025

Zamani Ahmad
Zamani Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan terus menambah dan memarbatkan penggunaan teknologi pintar bagi mencapai sasaran Negeri Pintar menjelang tahun 2025.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, ia berikutan tahap kepekaan masyarakat kini tanpa mengira umur yang meningkat dan sudah sebati dalam penggunaan teknologi terutamanya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Kita akan menambah perkhidmatan yang sesuai diadakan secara dalam talian dan satu pusat kawalan (command center) akan dibuat bagi menjelaskan tentang sistem yang akan diperkenalkan kepada orang ramai,” katanya selepas Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Datuk Bandar Ke-Sembilan di Wisma MBSA, di sini pada Selasa.

Zamani Ahmad (kanan) menerima nota serah tugas Datuk Bandar daripada Mohd Rashidi di Wisma MBSA di Shah Alam pada Selasa.
Zamani Ahmad (kanan) menerima nota serah tugas Datuk Bandar daripada Mohd Rashidi di Wisma MBSA di Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, Zamani Ahmad juga berhasrat untuk mengetengahkan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dalam kamera litar terutup (CCTV) di lokasi strategik bagi memantau aktiviti pembangunan yang tidak sah.

Ujarnya, penggunaan teknologi sedemikian akan memudahkan proses pemantauan daripada pihaknya.

“Kita akan pastikan penggunaan teknologi tersebut digunakan untuk perkhidmatan seterusnya,” katanya.

Zamani Ahmad pernah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan bermula sejak tahun 1996 hingga 2018 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Artikel Berkaitan:

Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Datuk Bandar Ke-Sembilan diadakan secara sederhana dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mendapatkan status kemas kini kesihatan, penjarakan fizikal satu meter, pemakaian pelitup muka, dan penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan dan wakil Ahli Majlis MBSA.