X

Kindly register in order to view this article
!

'Kaji dahulu baru umum polisi'

Hamzah (kanan) meninjau operasi yang dilakukan Jabatan Imigresen di Flat Jalan Terubuk, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Selasa. - Foto Bernama
A
A

SEBERANG JAYA - Kerajaan perlu meneliti semua aspek secara menyeluruh gesaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) supaya kem pelarian termasuk untuk etnik Rohingya dibina di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, antara perkara yang perlu dilihat termasuk daripada aspek lokasi dan pembinaan kem pelarian tersebut sebelum polisi berkaitannya diumumkan.

"Memang UNCHR mencadangkan perkara itu (kem pelarian) bagi menangani isu pelarian Rohingya tersebut, tetapi kita tidak pasti bentuk kem pelarian bagaimana yang dimaksudkan.

"Kita perlu melihat kepada realiti seperti tempat dan lokasi serta pembinaan (kem pelarian). Itu semua perlu diambil kira sebelum kita umumkan sesuatu polisi," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau dua penempatan warga asing dan etnik Rohingya di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera di sini pada Selasa.

Tinjauan yang dijalankan bersama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan aduan diterima pihaknya daripada masyarakat tempatan yang terganggu dengan jumlah pendatang asing termasuk etnik Rohingya di kawasan mereka.

Sementara itu, Hamzah berkata, pihaknya akan meminta UNHCR menyerahkan senarai pemegang kad suruhanjaya tersebut di negara ini bagi membolehkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan.

Katanya, pada masa ini tindakan penguatkuasaan seperti kesalahan tinggal melebihi tiga tahun di negara ini tidak dapat diambil kerana kerajaan tiada senarai mereka yang memegang kad UNHCR tersebut.

"UNHCR sepatutnya boleh berikan senarai itu tanpa meletakkan sebarang syarat yang hanya akan menunjukkan suruhanjaya berkenaan tidak ikhlas dalam tindakan mereka.

"Apa yang dilakukan ini bukan kerana kita tidak ada perasaan perikemanusiaan kepada mereka tetapi kerana kerajaan lebih mementingkan rakyat Malaysia supaya dapat tinggal lebih selesa," tegas Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada negara mahu terima Rohingya


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!