PKNP FC perlu waspada hadapi 'Semut Merah'

Kesebelasan PKNP FC perlu bersedia dengan barisan PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam esok. - Foto: PKNP FC
Kesebelasan PKNP FC perlu bersedia dengan barisan PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam esok. - Foto: PKNP FC
A
A
A

IPOH – Kesebelasan PKNP FC perlu bersedia dengan barisan PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam esok.

Pengendali PKNP FC Abu Bakar Fadzim berkata, barisan PKNS FC kini dilihat berada pada tahap terbaik khususnya hasil kejayaan menewaskan Selangor 4-0 di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Justeru menurutnya kesebelasan PKNP FC perlu sentiasa berwaspada dengan ancaman daripada skuad Semut Merah itu dan seterusnya membawa pulang mata.

“Beraksi di gelanggang lawan memberikan kelebihan buat PKNS FC, apatah lagi dengan jentera serangan yang dilihat cukup tajam diterajui penyerang import Kpah Sherman disusuli Gabbi Guerra, Romel Morales dan Chan Vathanaka.

“Oleh itu jentera pertahanan PKNP FC harus bersedia untuk berdepan dengan asakan bertali arus lawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, diharapkan kemasukan dua pemain baharu PKNP FC mampu memberikan impak positif buat PKNP FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Kita bawa masuk dua pemain import baharu iaitu pemain kebangsaan Filipina di posisi pertahanan tengah Amani Aquinaldo serta penyerang Brazil, Giancarlo yang menggantikan Kalidou Yero.

“Semoga kehadiran pemain-pemain mampu membantu melakar kejayaan buat PKNP FC,” katanya.

Artikel Berkaitan: