PPV sementara di institusi agama percepatkan vaksinasi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di masjid, surau dan pondok bukan sahaja dapat memudahkan penduduk setempat, malah dapat mempercepatkan program vaksinasi di Kelantan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri Kelantan itu dapat mengurangkan jangkitan wabak penyakit Covid-19 di negeri berkenaan.

Menurutnya, meskipun ia dilaksanakan di masjid namun tidak terhad hanya kepada golongan Muslim, malah terdapat sebanyak kira-kira 10 hingga 15 peratus golongan bukan Muslim turut hadir menerima suntikan vaksin di masjid.

"Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan telah mengambil inisiatif membuka PPV sementara di masjid, surau dan pondok bagi memudahkan penduduk tempatan mendapatkan suntikan vaksin," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bermula pada 2 Jun lalu, Kelantan membuka PPV sementara di masjid, surau dan pondok bagi memudahkan penduduk mendapatkan suntikan vaksin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin dilaporkan berkata, walaupun pemberian vaksin diadakan di institusi agama, ia tidak terhad kepada umat Islam sahaja.

Artikel Berkaitan: