Dua maut pesawat tentera Algeria terhempas

A
A

ALGIERS - ALGERIA. Sebuah pesawat tentera Algeria terhempas ketika sedang menjalani latihan, mengorbankan dua penumpang, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

Pesawat SU 24 Rusia itu terhempas pada Rabu di kawasan pertanian di wilayah utara Tiaret.

Ia nahas terbaru selepas tragedi pesawat tentera terhempas pada April tahun lalu di pangkalan tentera berhampiran Algiers, menyaksikan 257 orang terbunuh. - Agensi