Pelan Pemulihan Negara: Abdul Hadi sambut baik usaha PM

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut baik usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi Pelan Pemulihan Negara meliputi empat fasa.

Beliau berkata, Pelan Pemulihan Negara itu adalah strategi mengeluarkan negara daripada kemelut pandemik Covid-19 yang menunjukkan tanda-tanda penurunan jangkitan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Menurutnya, peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung Julai serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian menambah keyakinan kejayaan Pelan Pemulihan Negara.

"Parlimen pula dijangka boleh bersidang pada fasa ketiga dengan kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Semoga usaha ini dapat mengurangkan jangkitan wabak Covid-19 serta meringankan beban rakyat yang terjejas dari sudut ekonomi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, strategi Pelan Pemulihan Negara diumumkan kerajaan merangkumi empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.

Perdana Menteri berkata, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama adalah keadaan penularan Covid-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian manakala indikator kedua adalah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi.

Artikel Berkaitan:

“Indikator ketiganya adalah tahap populasi dilindungi berdasarkan peratusan telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,“ katanya dalam perutusan khas berhubung situasi semasa Covid-19 pada Selasa.

ARTKEL BERKAITAN: Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM