X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori maut dipanah petir

Gambar tular memaparkan mangsa ditemui terbaring di tepi lori di kawasan kuari batu bata di Rawang pada Isnin.
A
A

GOMBAK - Seorang pemandu lori maut disyaki dipanah petir di kawasan kuari batu bata di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (Latar) Rawang di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.05 petang yang memaklumkan mengenai insiden itu.

"Sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ke lokasi kejadian.

"Pihak ambulans dari Hospital Selayang turut tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zainal Mohamed berkata, mangsa berusia 27 tahun pergi ke kawasan kuari tersebut ketika hujan lebat.

"Mangsa meletakan kenderaannya lebih kurang 50 meter dari tempat muatan batu bata. Dia kemudian telah keluar dan berdiri di tepi lori untuk mengikat kanvas muatan batu bata.

"Lelaki itu kemudian ditemui terbaring di tepi kenderaan berkenaan. Pemeriksaan lanjut pada badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah.

"Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Selayang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!