X

Kindly register in order to view this article
!

Kapasiti pekerja sehingga 80 peratus dipertimbang pada fasa kedua PKP

Muhyiddin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang ini. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam fasa kedua peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertimbangan itu akan dibuat selepas menilai beberapa indikator antaranya purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000.

Selain itu katanya, keadaan sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin turut dijadikan sebagai indikator.

"Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan fasa pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes Covid-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.

"Fasa kedua merupakan kesinambungan daripada fasa pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat," katanya ketika menyampaikan perutusan khas Pelan Pemulihan Negara yang disiar secara langsung melalui stesen televisyen tempatan pada Selasa.

Jelasnya, pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup akan dilaksanakan dalam fasa kedua ini.

Jelasnya, dalam fasa kedua ini juga aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!