X

Kindly register in order to view this article
!

PRU15 tidak beri hasil baik jika dibuat dalam masa terdekat

Dr Mahathir
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan memberi keputusan yang baik kepada negara sekiranya diadakan dalam masa terdekat.

Dr Mahathir menjelaskan, ia bukan sekadar daripada aspek ancaman keselamatan kesihatan semata-mata tetapi juga dari segi kestabilan politik.

"Dalam keadaan politik negara sekarang, berpecah belah, parti-parti semua dah hancur dan ada aktiviti beli sokongan, rasuah dan sebagainya. Kalau kita adakan PRU, hasilnya saya fikir kurang baik.

"Sebab itu kita perlu tunggu, bagi masa kepada diri kita. Jangan kita tetapkan tarikh walaupun akan membawa macam-macam masalah seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Apa keuntungan yang kita dapat?" Katanya ketika Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad secara maya disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Tambah beliau, PRU masih boleh ditangguhkan sehingga 2023 kerana paling utama adalah keselamatan dan keselesaan rakyat.

"Kita berkhidmat untuk rakyat bukan untuk diri sendiri. Bukan kerana nak jadi kerajaan, nak jadi perdana menteri tapi nak ada pentadbiran yang baik," katanya.

Pada Khamis lalu, Dr Mahathir mendedahkan, bahawa beliau ditanya oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan tempoh yang sesuai untuk diadakan PRU15 ketika sesi sembah menghadap di Istana Negara membabitkan ketua-ketua parti politik.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!