Robinah Nabbanja wanita pertama dilantik Perdana Menteri Uganda

Robinah Nabbanja
Robinah Nabbanja
A
A
A

KAMPALA - Uganda pada Isnin melantik Robinah Nabbanja, 52, sebagai perdana menteri sekali gus menjadikannya wanita pertama menyandang jawatan itu, lapor Agensi Anadolu.

Beliau dilantik oleh Presiden Yoweri Museveni dan diluluskan Parlimen.

Nabbanja, akan memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.

"Saya bersyukur atas apa yang telah dikurniakan Tuhan kepada saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan anggota Parlimen (MP) kerana telah menerima saya untuk menjadi ahli parlimen,” katanya.

Beliau berikrar untuk memastikan semua menteri dan anggota parlimen menghadiri sesi parlimen dan menggesa masyarakat mematuhi langkah sekatan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: