X

Kindly register in order to view this article
!

Peninggalan legasi baik atau buruk tidak penting, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat peninggalan legasi baik atau buruk olehnya tidak penting.

Mahathir berkata, beliau tidak peduli dengan legasi serta apa yang difikirkan oleh orang ramai tentangnya.

“Kerana saya tahu orang yang bermusuh dengan saya akan mencerca saya dan akan memburukkan saya.

“Kalau saya tak ada lagi di sini, segala yang saya lakukan akan dimusnahkan,” katanya ketika Wawancara Ekslusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad secara maya disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut memberikan contoh langkah pertama semasa menjawat jawatan Menteri Pelajaran sebelum ini adalah tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan namanya sebagai nama sekolah.

“Saya tak nak kekalkan nama saya dengan nama sekolah. Sedangkan sebelum daripada itu, semua Menteri Pelajaran memberi nama mereka kepada sekolah.

“Nama isteri pun ada juga yang diberi kepada sekolah. Saya tidak peduli tentang nama saya. Saya tidak bagi nama saya diguna untuk tempat tertentu, jalan atau sebagainya tak payah yang itu,” tegasnya.

Beliau turut berpandangan sekiranya ada yang baik olehnya, orang ramai akan memikirkan perkara baik dan begitu juga sebaliknya.

“Lagipun saya dah tak ada. Apa yang nak peduli apa orang kata, saya bukan boleh jawab,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!