X

Kindly register in order to view this article
!

Isteri parah ditikam suami akibat cemburu

Angkara cemburu, seorang wanita warga Indonesia cedera parah ditikam oleh suaminya di sebuah rumah di Sungai Ramal, pada Ahad. -Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Zaid
A
A

KAJANG - Angkara cemburu, seorang wanita warga Indonesia cedera parah ditikam oleh suaminya di sebuah rumah di Sungai Ramal, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan insiden itu pada jam 6.52 petang.

"Mangsa berusia 40an telah dimasukkan ke Zon Kritikal seterusnya dipindah ke wad di Hospital Kajang," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam dengan senjata tajam dan hasil pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat empat kesan tikaman di dada, masing-masing dua kesan tikaman di tangan kiri dan kaki kanan, satu tikaman di kaki kiri dan satu tikaman di bawah dagu.

"Kita sedang mengesan suspek utama yang juga warga Indonesia dengan nama panggilan Johari @ Jo berusia 40an.

"Punca kejadian disyaki akibat cemburu mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain," katanya.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ditalian 03-89114222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Suresh di talian 017-4333795," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!