KDN tunggu laporan penuh isu pendaftaran automatik Rela

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan) ketika meninjau dua penempatan warga asing dan etnik Rohingya di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera pada Selasa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kanan) ketika meninjau dua penempatan warga asing dan etnik Rohingya di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera pada Selasa.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menunggu laporan penuh berhubung dakwaan pendaftaran automatik anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) seperti yang tular di laman sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu sedang diperhalusi jabatan berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil.

"Saya telah arahkan Ketua Pengarah Rela melihat isu yang dibangkitkan selain melihat semula aspek pendaftaran mereka yang ingin menjadi ahli Rela.

“Kami akan memperhalusi proses pendaftaran selepas ini agar isu yang sama tidak berulang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau dua penempatan warga asing dan etnik Rohingya di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera di sini pada Selasa.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan beberapa individu yang menyatakan maklumat peribadi mereka didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik di dalam sistem MyRELA.

ARTIKEL BERKAITAN: Rela tepis dakwaan keanggotaan secara automatik

Bagaimanapun, Rela dalam kenyataan menafikan dakwaan menggunakan data peribadi seseorang lain untuk didaftarkan sebagai anggota pasukan itu secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan dan menegaskan perbuatan itu bercanggah dengan Seksyen 6 (1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya tidak menolak terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan melakukan pendaftaran keahlian tanpa kebenaran termasuk bertujuan mendapatkan bantuan yang disediakan kepada anggota Rela.

Artikel Berkaitan: