Tangguh haji: Syarat wajib istitoah hikmah untuk jemaah

Penangguhan ibadat haji pada kali ini bagi tahun kedua berturut-turut adalah ujian berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.
Penangguhan ibadat haji pada kali ini bagi tahun kedua berturut-turut adalah ujian berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penangguhan ibadat haji tahun ini perlu dilihat kepada syarat wajibnya iaitu syarat berkemampuan atau istitoah termasuk dari segi kesihatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dr Anisah Abdul Ghani.

Beliau berkata, hal berkaitan istitoah ini seringkali diingatkan kepada jemaah, malah menjadi antara 17 resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 yang dihasilkan sebagai panduan sebelum dan ketika menunaikan ibadat haji di musim wabak seperti Covid-19.

“Sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan di dunia ini pasti akan memberi kebaikan kepada diri kita sendiri sekiranya kita bersyukur dan bersabar,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anisah berkata, seseorang itu tidak wajib dan tidak berdosa jika tidak mampu dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran atau kuota (4K) untuk menunaikan ibadat haji.

Beliau mengakui penangguhan ibadat haji pada kali ini bagi tahun kedua berturut-turut adalah ujian berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya tersendiri. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tidak hantar jemaah haji, akur keputusan Arab Saudi

ARTIKEL BERKAITAN: TH tangguh semua urusan operasi haji

Artikel Berkaitan: