Isu tolak bakul sayur punca kes gaduh Pasar Borong KL

Rakaman video tukar di laman sosial memaparkan sekumpulan lelaki sedang menjerit dan tolak-menolak antara satu sama lain di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Isnin.
Rakaman video tukar di laman sosial memaparkan sekumpulan lelaki sedang menjerit dan tolak-menolak antara satu sama lain di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara dua pihak berkaitan isu menolak bakul sayur menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut telah berlaku pada jam 4.30 petang.

"Pihak polis yang tiba di tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang pergaduhan tersebut mendapati insiden tersebut telah selesai.

"Kita juga mendapati tiada sebarang senjata digunakan dalam pergaduhan tersebut," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Eng Lai berkata, individu yang terlibat dalam kes itu telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar di tempat awam.

"Kes turut disiasat mengikut Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SIO) Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.

Eng Lai berkata, pihaknya telah melihat satu pautan video di Facebook 'We Are Malaysian'.

Artikel Berkaitan:

"Di dalam pautan tersebut terdapat tiga video tentang pergaduhan di pasar itu. Video yang tular itu menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menjerit dan tolak-menolak antara satu sama lain," katanya.

Eng Lai turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu keamanan dan ketenteraman awam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206," katanya.