Perutusan khas Perdana Menteri 5 petang ini

Perutusan khas itu akan disiar secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.
Perutusan khas itu akan disiar secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Negara pada jam 5 petang ini.

Perutusan khas itu akan disiar secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.

Kali terakhir Ahli Parlimen Pagoh itu membuat perutusan khas adalah pada 31 Mei lalu berkaitan Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kerajaan pada Jumaat memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKP untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa pada Selasa depan sehingga 28 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga Khamis ialah 6,871 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP 3.0 dilanjut dua minggu lagi sehingga 28 Jun ini

Artikel Berkaitan: