X

Kindly register in order to view this article
!

5,419 kes positif Covid-19 hari ini, 101 kematian

A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes positif Covid-19 kembali meningkat kepada 5,419 pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, Selangor kekal negeri yang melaporkan kes tertinggi dengan 1,996 kes.

Ia diikuti oleh Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396) dan Johor (366).

Secara keseluruhannya, kes positif di negeri lain menunjukkan lebih stabil berbanding hari sebelumnya.

Kedah merekodkan 252 kes, Kelantan (245), Sabah (230), Melaka (155), Labuan (138), Perak (68), Terengganu (43), Pahang (32), Putrajaya (lima) dan Perlis (satu).

"Jumlah kumulatif kes positif adalah 667,876," katanya.

Bagaimanapun, kes kematian Covid-19 turut mengalami peningkatan iaitu 101 kes.

"Kes kematian pada hari ini yang melibatkan 50 kes di Selangor, Kuala Lumpur (11), Johor (10), Negeri Sembilan (lapan), Labuan (empat), Pahang (tiga), Sabah (tiga), Kedah (tiga), Kelantan (tiga) dan Sarawak (dua)," katanya.

Menurutnya, satu kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Perak.

"Kes kematian itu membabitkan 98 rakyat tempatan dan tiga warga asing," katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes kematian adalah 4,069 kes.

"Ia bersamaan dengan 0.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 70,112 kes aktif di seluruh negara termasuk 922 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi.

"Seramai 450 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, seramai 6,831 pesakit Covid-19 telah disahkan sembuh sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 593,695 kes.

Mengulas mengenai kluster jangkitan, beliau berkata, terdapat pertambahan 19 kluster baharu.

"Sebanyak 14 daripadanya adalah kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi," katanya.

Sehingga kini, terdapat 2,513 kluster dikenal pasti dan 1,735 telah diisytiharkan tamat manakala 778 kluster masih aktif.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!