India catat 60,471 lagi kes baharu Covid-19

India mencatatkan 60,471 lagi kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 29,570,881.
India mencatatkan 60,471 lagi kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 29,570,881.
A
A
A

NEW DELHI - India mencatatkan 60,471 lagi kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 29,570,881.

Kementerian Kesihatan berkata, selain itu 2,726 lagi kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan 377,031 orang meninggal dunia akibat virus itu, lapor Xinhua.

Setakat Selasa, India telah mencatatkan kes kurang dari 100,000 untuk lapan hari berturut-turut.

Masih terdapat 913,378 kes aktif di India, penurunan sebanyak 59,780 sejak 24 jam lalu.

Jumlah pesakit sembuh dan dibenar keluar hospital meningkat kepada 28,280,472, pertambahan sebanyak 117,525.

Sementara itu, bermula Isnin semua kedai dan restoran di New Delhi dibenarkan dibuka dengan kapasiti 50 peratus pengunjung berikutan penurunan ketara kes jangkitan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun sekolah, kolej, institusi pendidikan, kolam renang, gimnasium, dan lain-lain, masih ditutup. - Bernama

Artikel Berkaitan: