Deshcamps bimbang ancaman serangan Jerman

Didier Deschamps
Didier Deschamps
A
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps bimbang dengan ancaman daripada jentera serangan Jerman pada aksi Kumpulan F Euro 2020 di Allianz Arena, Munich pada awal pagi Khamis.

Menurut Deschamps, Jerman dilihat memiliki rangkaian serangan yang baik dengan beberapa pemain boleh digandingkan bagi membantu membentuk variasi serangan yang mampu menghadirkan ancaman kepada pasukan lawan.

“Barisan Jerman memiliki ramai pemain yang fleksibel terutamanya penyerang yang dilihat memiliki kualiti yang tersendiri selain boleh beraksi di beberapa posisi berbeza.

“Pemain seperti Timo Werner, Leroy Sane adalah antara dua pemain yang memiliki gaya permainan yang berbeza.

“Secara keseluruhannya, jentera serangan adalah komponen terpenting bagi Jerman. Oleh itu, kami perlu berusah untuk mengekang mereka dan sejauh mana kita berjaya bergantung kepada bagaimana kita mengawal pergerakan pemain-pemain penyerang mereka nanti,” katanya.

Aksi kedua-dua gergasi bola sepak dunia itu juga bakal menyaksikan kelibat jentera serangan daripada skuad Les Bleus itu seperti Kylian Mbappe, Antoine Griezman selain pemain yang sudah lama tidak beraksi, Karim Benzema.

Sementara itu Deschamps berharap skuad kendaliannya kali ini tidak mengulangi kesilapan sebagaimana aksi pembukaan Piala Dunia 2018 lalu yang menyaksikan mereka terpaksa berhempas pulas sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Australia.

Katanya, biarpun masih ada dua perlawanan yang perlu diharungi selepas bedepan Jerman, namun aksi pertama sentiasa dilihat sebagai perlawanan yang paling penting.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya perlawanan pertama bagi setiap kejohanan adalah perlawanan yang paling penting; tambahan pula lawan yang akan kita hadapi bagi aksi pertama Euro 2020 pada Rabu adalah Jerman, salah satu pasukan di dunia dan juga Eropah.

“Perancis juga sebenarnya salah satu pasukan terkaut di Eropah. Oleh itu, pemenang perlawanan Rabu nanti akan ditentukan oleh pasukan yang lebih banyak menyempurnakan peluang,” katanya.