X

Kindly register in order to view this article
!

Agong kurnia watikah pelantikan kepada 19 Ketua Perwakilan Negara

Al-Sultan Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 19 Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan itu yang lazimnya diadakan di Istana Negara disempurnakan menerusi pengurniaan secara berutus susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bagi mengekang penularan jangkitan wabak Covid-19 ketika ini.

"Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia yang dilantik dan mengingatkan mereka supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya, sentiasa menjaga nama baik negara dan meningkatkan profil Malaysia di persada antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Zakri Jaafar, Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani, Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Roslan Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Austria, Ikram Mohd Ibrahim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Anizan @ Siti Hajjar Adnin, Duta Besar Malaysia ke Croatia, Kennedy Mayong Onon dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail.

Duta Besar Malaysia ke Oman, Shaiful Anuar Mohammad, Duta Besar Malaysia ke Hungary Francisco Munis, Duta Besar Malaysia ke Romania, Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Algeria, Mohammad Faizal Razali, Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran, Duta Besar Malaysia ke Bosnia dan Herzegovina, Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin, Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob dan Duta Besar Malaysia ke Argentina, Nur Azman Abdul Rahim turut menerima watikah pelantikan itu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!