Persekutuan diminta segera pembekalan vaksin Covid-19

Kerajaan Persekutuan diminta menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada Pahang supaya pembangunan ekonomi dan sosial secara keseluruhan di negeri tersebut dapat dipulihkan.
Kerajaan Persekutuan diminta menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada Pahang supaya pembangunan ekonomi dan sosial secara keseluruhan di negeri tersebut dapat dipulihkan.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Persekutuan diminta menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 kepada Pahang supaya pembangunan ekonomi dan sosial secara keseluruhan di negeri tersebut dapat dipulihkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini hanya 11.7 peratus rakyat di Pahang menerima suntikan vaksin bermula dari fasa satu pada Mac lalu.

Menurutnya, pemberian suntikan vaksin itu melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Wan Rosdy
Wan Rosdy

"Purata penerima vaksin harian Pahang hanya sekadar 963 orang setiap hari iaitu jauh daripada sasaran berpunca daripada kekurangan bekalan vaksin.

“Kita menyasarkan 1.3 juta rakyat menerima vaksin pada 31 Disember 2021 dan hanya akan dapat dicapai sekiranya pemberian vaksin harian adalah purata sebanyak 7,550 orang sehari,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Persekutuan dapat mengambil langkah dan inisiatif bagi menyegerakan pembekalan suntikan vaksin Covid-19.

>

Artikel Berkaitan: