Copa America: Argentina patut boleh menang lebih besar

Messi watak penting ketika mengemudi Argentina menentang Chile dalam aksi Copa America di Rio de Janeiro.
Messi watak penting ketika mengemudi Argentina menentang Chile dalam aksi Copa America di Rio de Janeiro.
A
A
A

PASUKAN pilihan Argentina disifatkan mampu menjaring lebih banyak gol ketika berdepan Chile pada aksi Copa America di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro pada Selasa.

Malah menurut penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez, La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni tersebut mampu menjaring lebih banyak gol ketika menentang La Roja bimbangan Lionel Scaloni tersebut.

“Argentina memiliki enam hingga tujuh peluang terbaik untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun deretan peluang tersebut gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

“Sekiranya peluang tersebut diterjemahkan dalam bentuk gol, ia sudah cukup membolehkan Argentina melakar kemenangan 4-1 atau 5-1 dalam perlawanan ini.

"Sebaliknya yang berlaku adalah Chile, mengambil kesempatan atas kealpaan pemain Argentina untuk menjaringkan gol penyamaan seterusnya mengikat perlawanan," kata penjaga gol kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa tersebut.

Pada perlawanan di Rio de Janeiro itu, Argentina terlebih dulu di depan hasil jaringan bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi sebelum La Roja bangkit pada babak kedua menerusi jaringan Eduardo Vargas, untuk kedudukan 1-1.

Artikel Berkaitan: